Saturday, February 28, 2015

Bab 1 "You Are My Buddy"


Jarum jam di atas meja sudah menjengah ke angka 7.30 pagi. Nur Atirah masih terhendap-hendap di bawah meja. Apa yang di carinya sejak dari takdi masih tidak di jumpai. Habis meja belajar di sepahnya, sampaikan bakul sampah bawah meja jadi mangsa, perasaanya tiba-tiba jadi geram disebabkan tidak menjumpai barang yang dicari.

Ni pun salah diri sendiri, patutnya semalam selepas siap buat kerja dia terus kemas, disebabkan malas tambah pula mengantuk dia terus tidur, difikirnya hendak bangun sebelum subuh, tapi bila sedar jam sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi. Yang teruknya bukan sahaja Atirah yang bangun lambat,  roomatenya sekali bangun lewat, macam berpakat nak bangun lambat jer.

Dah la bangun lewat, kena tunggu turn nak mandi pulak, kat situ dah ambik banyak masa. Kalau ikut fikiran bengongnya nak saja dia basuh muka dan tak payah mandi lagipun pagi ni hanya kuliah, memang beraircond dewan kuliah tu, tak panas pun, petang nanti baru ada tutorial, tapi rasa macam tak senonoh pula bila difikirkan untuk kali kedua. Tak nak la dia fikir kali ketiga, nanti lagi lambat dia bersiap.

Bila dan selesai bersiap, tiba-tiba atirah tersedar ada barang dia yang hilang, rasa kesabarannya pada pagi ini serasa seperti hilang, tapi dia terus beristifar, kesabaran kan separuh daripada iman. Menyesal sangat semalam tak terus kemas barang untuk kelas pagi ini, apa nak buat, dah dia jenis mengemas barang untuk ke kelas pada waktu pagi.

‘masa aku nak ni la kau nak hilang kan, aku susah-susah buat kau semalam, bagi kau cantik-cantik, pagi ni boleh pulak kau merayap yer, tolong la keluar, please…’ Atirah bercakap dengan diri sendiri, ayat macam orang membel-bebel, macam orang merintih pun ada. Perasaan dia dah bercelaru bila yang dicari, menghilangkan diri.

“cik kak oi!!!  dah pukul 7.30 pagi ni, cepat la, benda tu bukannyer penting pun, kan nota kuliah ni ada, kau jangan jadi gila pulak cakap sorang-sorang pagi-pagi, aku tak nak sebilik dengan orang gila” bebelan plus mengata daripada roomatenya , Alia Rina, merangkap sahabat baiknyer di Kolej Matrikulasi Kedah ini tidak di hiraukannyar. Si Rina ni kalau dapat mengenakan si Atirah memang kegemaran dia la, sama jer dengan pak we dia tu. Makwe pakwe sama jer.

“ kau ni kan, aku cakap kau buat-buat tak dengar ya, geram betul aku minah ni” Alia Rina terus membebel disebabkan Nur Atirah tidak melayan panggilannya. Dia mendekati Atirah sambil bercekak pinggang gaya mak tiri dalam cerita dongeng Cinderella, ye ker mak tiri Cinderella bercekak pinggang macam tu?, entah la..

“Irah woi, Rina panggil tu, jawab la, letih dah telinga aku dengar Rina ni membebel pagi-pagi buta ni, rosal mood aku jer” Noratika atau ika bosan mendegar Rina membebel kepada Atirah pagi-pagi ini. Dia yang tiada kelas pada pukul 8 pagi kerana jadualnya pada hari rabu bermula pada pukul 9 pagi juga perlu meninggalkan bilik sebelum pukul 8 pagi kerana sudah menjadi undang-undang Kolej Matrikulasi Kedah tidak membenarkan pelajar berada di kawasan kolej kediaman pada waktu pembelajaran walaupun kelas mereka tiada pada waktu tersebut.

‘Ish, minah  ni kan, nak pergi, pergi ja la, nak tunggu aku buat apa kalau asyik membebel, kalau membebel ja tak pa jugak, mengata siap, tapi salah aku jugak la kan, tak suruh dia pergi dulu, nota ni punya pasal la ni, disebabkan nota ni terus aku lupa yang si Rina ni tunggu aku’ rungut Atirah di dalam hati.

Di sebabkan tak sanggup nak dengar Alia Rina atau lebih dikenali dengan nama Rina  membebel, Nur Atirah atau lebih dikenali dengan nama Irah terus berpaling kearah Rina  “kau ni kan Rina, aku cepuk jugak la, pagi-pagi dah buat aku bad mood, baik kau pergi dulu, tak payah tunggu aku, aku pagi ni kuliah, kau tu kelas tutorial Matematik kan, lambat habis la kau”

“yang kau ni pun satu Ika, tak payah la join membebel kat aku, cukup la sorang, baik kau tolong aku cari barang” tak pasal-pasal Ika pun dapat ceramah percuma dari Atirah

Rina yang baru tersedar yang pagi ni dia ada kelas tutorial dengan lecturer yang selalu naik angin tu terus kelam kabut, terus dicapainya stoking diatas katil, dikepal jer stoking didalam tangan, tak sempat la tu nak pakai,mesti budak ni pakai stoking dalam kelas karang. Walaupun Atirah dan Rina mengikuti program matrikulasi satu tahun dengan modul yang sama iaitu model 3 bidang sains, tetapi mereka ditempatkan di dalam kuliah dan kelas tutorial yang berbeza. Manakala Ika adalah pelajar bidang akaun.

selepas mengucapkan bye-bye  kepada Atirah dan Ika, Rina terus  keluar dari bilik mereka. Atirah dan Ika hanya mengangkat tangan untuk membalas lambayan Rina, Atirah hanya menggeleng melihat telatah roommate kesayangannya itu.

“aku pulak yang kena, cuba kau ingat balik mana kau letak” Ika cuba menenagkan Atirah

Atirah cuba bertenang mengikut nasihat Ika sebelum tangannya kembali lincah mencari sesuatu yang sangat penting baginya. Semalam bersunguh-sungguh dia menyiapkan nota ‘kaki’ tersebut untuk kuliah pagi ni. Bagi Nur Atirah, tiada nota tersebut macam dirinya tak mengulangkaji pelajaran untuk hari ni.

“mana la aku letak benda alah ni, tolong la keluar wahai nota ku sayang” gerutu Nur Atirah sambil tangan membuka almari pakaian.

Tiba-tiba sehelai kertas berlipat melayang ke kaki nya, “ ler, ni rupa kau wahai nota ku sayang, aduyai, letih aku cari kau, macam mana la aku tak ingat aku letak kau kat celah ni” Atirah membebel pada diri semdiri disebabkan dirinya yang mudah lupa bila simpan barang-barang.

“Ika..dah jumpa dah” Atirah menjerit sambil tersengih pada Ika yang sedang mengemas buku tidak jauh darinya, hanya jarak dua langkah. Ika buat-buat menutup telinga.

“tak payah la menjerit, aku tak duduk jauh pun, bagus la dah jumpa, cepat la jam dah puku 7.45 ni” Ika menunjukkan jam tangannya pada Irah

“ish, lewat dah aku ni, mati la aku, sempat tak aku berlari dari blok ni sampai dewan kuliah, ni nak nangis ni” lagi sekali Atirah kelam kabut

“sempat la, jangan la kelam kabut”

Atirah memasukkan nota yang sudah dijumpai tadi kedalam beg, beg galanya digalas diatas bahu sebelum mencapai biskut diatas meja dan digigit.

“aku pergi dulu Ika” tak berbutir bicara Atirah kerana mulut penuh dengan biskut

“ya” Ika mengelengkan kepala dengan tingkah-laku Atirah.

…………………………………………………………………………………………………..

Dengan menggunakan tenaga yang ada, Atirah berjalan cepat untuk sampai ke dewan kuliah tepat pada masanya. Tidak dihiraukan pelajar lain, dia terus melintasi mereka yang turut terkejar-kejar untuk ke dewan kuliah dan bilik tutorial. Kayuhan kakinya di kuatkan supaya cepat sampai kedestinasi.

Memang kelam kabut betul Atirah, tak nak dia masuk kuliah bila pensyarah dah masuk, malu sahaja menjadi pandangan rakan sekuliah, datang masa kuliah penuh pun dah rasa malu sebab mata semua yang dalam dewan kuliah tertumpu pada setiap susuk tubuh yang masuk melalui pintu hadapan dewan kuliah.

Dia sudah tidak peduli siapa sahaja orang yang dilintasinya, kawan ker lawan ker dia dan tak peduli, yang penting dewan kuliah matlamtnya.

“Irah!!!...kau masuk marathon ker” teguran dari belakang yang macam mengejar dengan berjalan laju jugak tapi tak da la kalut macam si Atirah ni membuatkan Atirah berpaling kearah belakang, tapi kakinya masih di kayuh laju.

Setelah pasti orang yang memanggilnya itu, dia berpaling kearah depan semula, takut-takut terlanggar tiang atau termasuk ke dalam longkang, tak pasal-pasal kuliah kat bilik sakit. Masa orang nak cepat ni la ada yang nak beramah mesra, silap masa betul la.

“ aku nak cepat la Faiz, Bad, aku lambat,bye-bye” balas Atirah dengan kelang-kabut, nadanya macam nak tak nak ja layan sebab dalam kepalanya hanya pikir nak sampai sebelum pensyarah masuk ke dalam dewan kuliah . Belum sempat jejaka bernama Faiz tu membalas jawapan Atirah, gadis tersebut sudah membelokkan arahnya ke dewan kuliah, Faiz hanya mampu menggeleng dengan telatah gadis yang bernama Nur Atirah itu.

“ asyik jumpa ja kalut, ada gak aku gelar minah kalut kan” Faiz atau nama sebenarnyer Faiz Nazmi Bin Fahmi sempat lagi tu dia mengata pada Atirah

“kalut pun dia la, kuat makan pun dia la, kaki gelak pun dia la” tambah kawan si Faiz, Badrul.

 “tak baik tau kau mengata kawan kesayangan awek aku tu” kata-kata Faiz cam membela si Atirah tapi dia bantai gelak dengan statement Badrul, Badrul pun join gelak sekali dengan umpatan dia kepada Atirah.

 “alah, kau pun dua kali lima ngan aku, kau yang siap nak lebalkan dia ngan aper? Ha!!..minah kalut” Badrul membela diri sendiri sambil-sambil tu sempat lagi dia mengenakan Faiz balik.

Bertambah kuat Faiz gelak bila Badrul menyebut perkataan minah kalut dan teringatkan kenangan semasa dia dan Atirah mula-mula kenal.

Dia kenal Atirah semasa majlis pendaftaran pelajar, Atirah terambik fail dia yang diletakkan diatas meja sedangkan fail Atirah sendiri sudah Atirah simpan didalam beg, tak pasal-pasal Atirah sendiri perlu ke meja urus setia untuk mencari pemilik asal fail tersebut, yang sedang kelam kabut mencari failnya yang hilang. Dan tidak disangkakan yang Atirah adalah rakan sebilik kekasih hatinya Rina.

Ketawa mereka berdua hanya terhenti bila kaki melangkah kearah Makmal Fizik……

…………………………………………………………………………………………………….

 

Manakal si Atirah, gadis yang diumpati  membuka pintu bilik kuliah perlahan-lahan untuk memastikan pensyarah tidak datang lagi, helaan nafas dilepaskan kerana pensyarah masih belum ada di dalam dewan kuliah. Tapi kuliah sudah penuh dengan pelajar, memang kena menempuh pandangan ramai la, dengan selamba dia berjalan masuk dan tidak menghiraukan pandangan rakan sekuliah. Matanya melilau mencari kelibat rakan setutorial yang berjanji untuk menandakan kerusi untuk dia.

Kakinya terus dibawa melangkah ke kerusinya di sebelah kawan satu kuliah dan tutorial dengan nya, Lela atau nama sebenarnya Laila Najihah setelah pasti dimana kedudukan Lela.

“thanks Lela” Atirah tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Lela yang sudi jagakan  kerusi untuk dia dalam dewan kuliah ni sambil cuba menenangkan dirinya yang tercungap-cungap dan terbatuk-batuk.

 ‘ish, sapa la yang mengumpat kat aku ni sampai terbatuk-batuk’ sempat lagi Atirah memikirkan penyebab dia terbatuk-batuk..siapa lagi kalau bukan si Faiz dengan Badrul tu..

“ takpa girl, chill jer, eh, yang hang ni awat lambat nya, biasa hang yang awai sampai, dah tu cam orang hilang nafas, awat?  hang jumpa hantu ker, cer hang cerita kt chek” dah keluar dah loghat utara dah minah Kedah ni.

“tu dia, panjang nyer soalan hang, hang nak bagi chek mati sini ker, kot yer pun bagi la chek lepaih nafas dlu” Atirah meniru loghat utara Lela. Lela yang terasa dirinya disindir terus manepuk bahu Atirah. Atirah hanya tersenyum-senyum cuba menahan ketawa.

“jahat la hang ni, geram betul la” terjuih-juih bibir Lela macam orang merajuk. Aduh, si Lela ni, kan tak pasal-pasal pecah ketawa aku kat dewan ni kan, mahu terkejut semua orang, bebel Atirah dalam hati bila tengok  Lela yang nak merajuk.

“ ala bucuk-bucuk, tomei-tomei makwe Faizal ni,aku lambat sebab cari nota la weh” sambil-sambil nak ceritakan penyebab kelewatan dia, sempat lagi tu nak mengenakan si Lela ni.

Belum sempat Lela nak membalas kata-kata Atirah, pensyarah Biologi mereka,Puan Kalsom masuk untuk memulakan kuliah. Atirah hanya tersenyum sambil mengenyit mata kepada Lela kerana  Lela tidak sempat hendak mengenakan dia balik. Lela dengan muka separuh geram terus pandang kedepan, tapi akalnyer sempat cari jalan nak gosipkan Atirah dengan mana-mana pelajar lelaki dalam KMK ni. Tapi si Atirah ni bebal cinta, memang susah la nak bercinta, bukan jer susah, cam tak mungkin jer nak bercinta, sebab prinsip dia, “cinta selepas kahwin”….tu diaaa..

……………………………………………………………………………………………………..

“fuh..habis juga kuliah tiga jam hari ni” Atirah dan Lela keluar dari dewan kuliah. Angin panas yang menyapa tubuh menghilangkan dingin kesan kesejukan aircond bilik kuliah.

“hari rabu yang paling menguji kekuatan minda dan fizikal aku” Lela menarik nafas lega. Hari rabu memang mencabar betul kerana mereka perlu berada dalam bilik kuliah selama tiga jam untuk dua subjek iaitu Biologi dan Kimia. Hanya lima minit memisahkan dua subjek tersebut.

“nak demam aku, dah la lupa bawak sweater” kebiasaanya Atirah membawa baju sejuk apabila ada kuliah panjang kerana tidak tahan dengan kesejukan tahap melampau bak kata budak-budak kuliah dia, tapi disebabkan mencari nota yang hilang, semua benda jadi tak betul.

“yang kau macam tak terurus pagi ni kenapa?” habis kuliah yang panjang ni baru Lela teringat untuk bertanya Atirah yang nampak macam kelam kabut pagi tadi.

“pagi takdi aku kalut cari nota kaki aku hilang, sebab tu la aku lambat” Lela terhanguk-hangguk dengan penjelasan Atirah.

“jom la kita makan, pekena air suam okey la” Lela mengajak Atirah untuk makan tengahari.

“jom, aku pun sempat capai sekeping biskut jer pagi takdi”

“pengajaran la untuk kau, bersedia malam bukan pagi”

“sebelum ni okey jer”

“tu sebelum, ni sekarang”

“sama jer la, semalam aku mengantuk je sebab tu bangun lewat” macam-macam la Atirah punya alasan nak membela diri.

“banyak la kau punya alasan”

“lepas makan sementara tunggu solat zohor aku nak tengok-tengok kimia yang kejap, ada yang aku tak berapa faham”

“kau selalu cakap ada yang tak faham, tapi skor hebat jugak test dengan kuiz” Atirah sememangnya meminati subjek kimia dan disebabkan minat dia mampu mendapat belajar walaupun berjam-jam subjek kimia.

“hebat apanya, nasib jer la” Atirah merendah diri.

“merendah diri konon, kau paling hebat kimia dalam tutor kita tahu tak”

“tak payah puji aku lebih-lebih la, kita semua sama la” Atirah tidak mahu keputusan cemerlangnya selalu diungkit kerana tidak mahu menimbulkan perasaan riak dalam diri.

“ye la, kita nak makan kat café mana ni?”

“café blok C la, aku dah lama tak makan ikan keli masak berlada kat kafe tu, sedapnya” rasa nak dicepatkan jer langkah untuk sampai ke blok C bila teringatkan ikan keli masak berlada.

“jom la jalan cepat, kau sebut ikan keli tu, aku dah kecur liur ni” Lela pula yang lebih-lebih terliur.

Mereka mempercepatkan langkah untuk mendapatkan ikan keli masak berlada yang cepat habis kerana kafe c amat popular dengan masakan tersebut.

 

No comments:

Post a Comment