Friday, February 27, 2015

Sinopsis Novel "You Are My Buddy"


Kehidupan zaman matrikulasi yang mencabar mempertemukan tiga sahabat, Faiz si nakal, Rina si manja dan Atirah si periang. Cinta Faiz dan Rina yang bermula sejak zaman sekolah berakhir di Kolej Matrikulasi Kedah kerana kehadiran orang ketiga, Ridhzuan. Persahabatan mereka bertiga terputus hanya kerana cinta. Sedih kerana diri dicurangi, Atirah menjadi tempat Faiz mengadu. Atirah terus menjadi sahabat yang setia kepada Faiz dan Rina sehingga mereka berkerjaya. Atas bantuan Atirah, Faiz dan Rina kembali menjadi pasangan kekasih. Tetapi kebahagian Atirah melihat Rina dan Faiz kembali bercinta hanya sekejap kerana tragedi telah berlaku.Atas dasar dengki kerana kejayaan dan kebahagian orang lain manusia sanggup berbuat apa sahaja.  Keluarga Atirah mahukan Faiz bertanggungjawab walaupun sudah puas Atirah menangis memberitahu bahawa Faiz bukanlah orang yang patut dipersalahkan. Mereka disatukan atas nama suami isteri, tiada lagi istilah ‘you are my buddy’ dari Faiz kepada Atirah, sumpah seranah menjadi pengganti. ‘you are my enemy’ itulah istilah yang Atirah rasakan apabila Faiz membancinya. Atirah cuba bersabar dengan apa yang berlaku kerana bagi Atirah suami adalah cinta dan syurganya.Kerana bagi Atirah jika lelaki itu menjadi suaminya akan dicintai lelaki itu sepenuh hatinya. Dikuatkan semangat untuk meraih cinta Faiz walau dihina oleh keluarga sendiri dan mertua. Tapi dirinya bukan robot tanpa perasaan,bertahun bertahan akhirnya Atirah merasa letih. Letih mengejar suami yang masih tergilakan kekasih lama, pahit melihat sahabat yang sanggup melukakan hatinya, sakit dibenci keluarga sendiri. Kakinya dibawa melangkah pergi. Pergi mencari cinta yang mungkin ada ditempat lain. Setelah hilang ‘buddy’nya Faiz merasa kosong, tapi sudah terlambat kerana Atirah bagaikan sudah berjumpa cintanya. Mampukah Faiz membawa pulang ‘buddy’nya atau Atirah akan terus dengan cintanya itu.

No comments:

Post a Comment