Saturday, February 28, 2015

Bab 2 "You Are My Buddy"


Tepat pukul 4 petang kuliah dan tutorial pada hari ini berakhir, lega kepala Atirah. Hari ni letih otak dia memproses semua topik pembelajaran, hari rabu adalah hari yang paling memenatkan bagi pelajar tutorial H3T1 kerana jadual yang sangat padat, mereka hanya mempunyai rehat pada pukul dua belas hingga dua tengahari yang sekadar cukup untuk solat zohor dan menjamah sedikit makanan tengahari.

Selepas memasukkan buku kedalam beg, Lela menggamit Atirah disebelahnya. “Irah cepat la kemas buku tu, aku dah lapar ni”. Apabila dengar jer Lela membebel tentang perutnya yang lapar idea nakal Atirah terus muncul. Dia sengaja memasukkan buku ke dalam beg dengan lamba-lambat sambil ketawa di dalam hati..hehe, nak cepat sangat kan, sekarang aku dera perasaan kau wahai cik Lela sayang.

Lela yang geram dengan Atirah yang macam sengaja memasukkan buku lambat-lambat kedalam beg terus mengambil beg Atirah di atas meja dan menyumbatkan buku-buku Atirah ke dalam beg sambil memberi jelingan maut kepada Atirah. Atirah yang tidak tahan melihat memek muka Lela terus ketawa.

“nape kau buat muka cam tu, comel sangat”.

“ish, kau sengaja kan nak kenakan aku, aku lapar tau, aku makan sikit jer tengahari takdi, dah la lauk ikan keli takdi habis” Lela buat ayat kesian ditambah dengan muncung itiknya. Tapi si Atirah ni bukannya kesian, lagi dia bantai gelak la, macam nak pecah bilik tutorial ni..

“woi, aku ingatkan hantu mana la gelak petang-petang ni, rupanyer hantu Cik Irah” tiba-tiba muncul suara di depan pintu bilik tutorial bersama tiga batang tubuh yang tegap.errrr…tegap ker.. Terus ketawa Atirah mati, Atirah dan Lela yang terkejut terus berpaling kearah pintu, , difikirannya ingatkan pensyarah ataupun pengawal keselamatan dan lagi teruk kalau pengarah yang sedang buat rondaan, rupa-rupanya..si Faiz, Bad ngan Faizal

“ish, korang rupanya, aku ingatkan pengarah ker sapa la tadi” Atirah mengurut dadanya menghilangkan debaran, mereka bertiga tersebut tersenyum.

Tiba-tiba fikiran normal Atirah datang balik, dia teringatkan apa yang budak lelaki tersebut panggil dia takdi.

“sedap mulut korang jer kan panggil aku hantu, mulut takder insurans, aku cilikan, aku sikukan” tu diaaa..start membebel dah, dia bukan boleh orang panggil dia dengan nama bukan-bukan, siap tunjuk siku tu, cam gangster nak gaduh jer.. budak laki bertiga tu bukannya takut, diorang bantai gelak ada la, suka sangat tengok Atirah mengamuk.

Atirah yang geram terus menarik tangan Lela untuk keluar dari bilik tutorial, dilanggar nya budak laki bertiga tu yang berada di depan pintu, Lela yang terkejut kerana ditarik hanya ikut jer arah tanganya ditarik.

“ler, Irah sayang aku ni pandai merajuk jugak rupanya yer” Faiz masih cuba mengacau Atirah, ish..suka-suka hati dia jer nak panggil aku sayang, sepak kan baru tahu..Atirah merungut di dalam hati.

Atirah terus berjalan tanpa berpaling kearah mereka sambil menarik tangan Lela, sampai di tangga bawah bangunan tutorial, Lela terus merentap tangannya daripada pegangan Atirah, Atirah terpaksa berhenti berjalan dan melepaskan tangan Lela.

“yang kau ni jalan laju sangat ni kenapa,tak baik tau kau langgar-langgar diorang takdi” Lela menegur perlakuan Atirah yang kasar.

“kenapa?, kau nak jumpa Faizal ker, kenapa tak cakap awal-awal, jom kita naik balik” Atirah cuba menarik tangan Lela, terus Lela menyorokkan tangannya kebelakang.

“ish, geram la aku dengan kau ni, bukannya boleh ditegur, kita yang kena balik” ha, tu la perangai si Atirah, memang mudah naik hangin satu badan, tapi cepat hilang, bila marah dia hilang, dia akan kenakan orang tu semula.

Atirah mengenyitkan matanya kearah Lela, Lela yang geram dengan Atirah terus berjalan untuk balik ke kolej kediaman, Atirah mengejar Lela sambil mencucuk-cucuk pinggan Lela, terus Lela ketawa kegelian. Mereka ketawa bersama sambil bercerita sehingga la sampai ke kafe kolej kediaman blok C.

 

…………………………………………………………………………………………………….

“Faiz, aku tengokkan kau suka sangat kacau si Atirah, kau suka dia ek?” Faizal cuba nak mengusik Faiz tapi sambil-sambil tu bertanya, mana la tahu kan Faiz suka Atirah,

Badrul sekadar mengangguk mempersetujui kata-kata Faizal. “gila la korang ni, takkan la aku suka kat minah tu, makwe aku nak campak mana weh, agak-agak la” Faiz tidak bersetuju dengan pertanyaan Faizal.

“tapi lelaki kan boleh kahwin empat, kau jadikan la dia yang ke 2, ke 3 or ke 4” keluar dah ayat gila si Badrul ni,tak padan ngan baru umur 19, dah fikir nak kahwin ramai.

“gatal nya kau ni Badrul kan, nasib la sapa jadi bini kau” Faizal buat-buat berfikir dengan meletakkan tangannya di dagu.

“aku lagi kesian ngan diri kau Faizal” tiba-tiba Faiz mencelah sambil mengeleng-gelengkan kepala.

“apasal pulak nak kesian kat aku, aku makan pakai cukup” Faizal pelik kenapa Faiz nak kesiankan dia, bukan dia nak jadi bini Badrul pun. Badrul yang boleh mengagak apa yang difikirkan si Faiz terkekek-kekek gelak.

“ye la, aku kesian sebab kau ada penyakit gila bayang, nak tapi takut, aku nak tolong tak nak, kesian kan Badrul” Faiz ajak Badrul join sekali mengenakan Faizal. Badrul yang tidak dapat menahan ketawanya terus menghemburkan ketawanya bersama Faiz.

Bila tersedar yang dirinya dikenakan oleh Faiz, Faizal terus menghempuk buku tutorial Bahasa Inggeris yang dipeganggnya ke atas kepala Faiz. Setakat buku tutorial yang nipis, tak der apa kesan pun. Lagi kuat diorang berdua bantai gelak ada la.

“ok, ok stop!!” tiba-tiba Faiz mengangkat kedua belah tanganya, tak tahan kena hempukkan buku Faizal walaupun buku tutorial itu nipis, tapi bila dah kena banyak kali sakit juga.

“tapi betul apa yang Faiz cakap tu, kau suka si Lela tu tapi tak cakap kat empunya badan, kiteorang nak tolong, kau tak nak bagi” Badrul menyambung percakapannya takdi, tengok gaya cam mood serious jer. Faiz mengangguk-angguk kepala mempersetujui kata-kata Badrul.

Si Faizal ni dah lama suka kat Lela, kawan si Atirah. Macam cinta pertama pandang pertama la kot. First dia jumpa Lela yang putih melepak tu terus dia jatuh cinta, masa tu dia temankan Faiz bagi barang kat Atirah, Atirah masa tu bersama Lela. Pandang jer Lela terus jantung dia berdegup kencang, konon cam jatuh cinta la kan, tapi sapa la tak jatuh cinta kat budak Lela tu, putih, comel bertudung lagi. Memang malam tu dia tak dapat tidur la, terus dia cerita kat Faiz ngan Badrul merangkap teman setutorial, lepas jer dengan pengakuan Faizal, selalu la Faizal kena usik bila diorang terserempak dengan Lela.

“aku tak nak la couple-couple ni, kan ustaz cakap kat ceramah hari tu, couple ni haram lagi-lagi kalau tak terus kahwin, umur macam kite ni takkan la nak kahwin, so, nak jauhkan dari dapat dosa percuma baik aku pendam la perasaan ni, kalo ada jodoh ada la..tak gitu Encik Faiz?” panjang lebar Faizal menerangkan tentang kenapa dia tak nak luahkan perasaan dia kepada Lela, siap cam perili Faiz yang sedang hangat bercinta.

“bongok la kau ni Faizal, siap perli aku lagi” Faiz terasa dengan kata-kata Faizal yang macam ditujukan kepada dia.

“ada ker aku perli kau?” Faizal buat-buat tanya.

“malas aku layan kau, baik aku pergi beli makanan” Faiz berjalan ke kearah cafe kolej kediaman blok A. Faizal dan Badrul hanya memandang sesama sendiri sebelum menghemburkan ketawa perlahan supaya tidak dedengari Faiz, padan muka Faiz, orang nak kenakan dia, dia nak kenakan orang, last-last dia terkena balik, nasib kau la Faiz.

……………………………………………………………………………………………………

“eh Rina, boyfriend kesayangan kau tu takder kerja lain ker ha?!, kerja dia mengacau orang jer” tiba-tiba Atirah masuk kedalam bilik mereka sambil membebel-bebel kepada Alia Rina tanpa memberi salam terlebih dahulu. Alia Rina yang sedang makan roti di atas kerusi depan meja belajarnya terkejut dengan Atirah yang masuk ke dalam bilik dengan membebel macam orang tak puas hati gayanya.

Lupa pulak nak bagitahu, Faiz Nazmi Bin Fahmi aka Faiz adalah kekasih Alia Rina aka Rina sejak zaman sekolah menengah lagi sampai la ke peringkat matrikulasi ni. Kira cinta setia la ni, diorang memang sweet couple..so sweet..

“lepas tu sedap-sedap mulut dia jer nak cakap aku ni hantu” Atirah masih meneruskan memarahi Faiz, tapi yang kena sembur dengan dia sekarang kekasih hati si Faiz ni, bagi Atirah marah Faiz atau Rina sama jer, cubit paha kanan, paha kiri yang terasa, kekasih yang tak boleh dipisahkan, tapi lain pulak ngan si Rina ni..

“hahahaha, dia dah start dah membebel, kan best kalau yang kena sembur ni Faiz” si Rina ni bukannya backup pakwe dia, siap suruh Atirah sembur Faiz ada la.

“aku dah nak sembur la dia takdi tapi tak sempat, kan tak pasal-pasal pak guard datang kat bilik tutor tu” .  lagi si Rina ni bantai gelak ada la bila degar penjelasan Atirah.

“Faiz tu memang suka kacau kau kan, dia cakap dia suka kalo kau marah-marah”.

“habis tu kau tak cemburu ker cik Rina wei?” dengan muka menggoda tahap sakit hati dia menyoal Rina. Memang cepat betul berubah mood minah ni, takdi bukan main lagi marah-marah, sekarang ni boleh pulak cuba nak kacau orang.

“ngan kau aku nak cemburu? Kau? Kau?..hahaha” Rina balas ngan nada cuba nak mengacau Atirah balik.

“sengek la kau ni, huh..aku comel apa, kau tak cemburu ker, nanti aku goda abang Faiz kau tu baru padan muka” memang tak puas lagi la dia nak kacau si Rina ni.

“ambik la free jer pun” dengan selamba jer Rina menawarkan Faiz kepada Atirah tapi dalam hati memang dia sayang betul ngan Faiz tu, cinta pertama la katakan.

“boleh pula macam tu, ni aku tak suka kacau kau, tak best” Atirah menjuihkan bibir tanda tidak berpuas hati kerana tidak berjaya mengacau Rina.

“ Eleh, aku dah kenal kau la Irah, tidur sebantal, makan sepinggan lebih satu semester dah, memang tak logik la kalau aku emosi dengan gurau senda kekasih nombor dua kau ni” Rina cuba untuk mencium pipi Atirah, Atirah cuba mengelak dengan berlari keliling bilik. Terjadi la babak kejar dan dikejar antara dua sahabat dalam bilik yang boleh memuatkan empat orang.

“Ler, apa la korang ni main kejar-kejar cam budak tadika ni” babak kejar dan dikejar antara Rina dan Atirah terhenti bila pintu bilik dibuka dan suara seorang lagi roommate mereka, Ika masuk

“kau tengok la ni Ika, Rina nak cium aku” bila terpandangkan Ika yang tercegak kat tepi katil dia terus Atirah berlari kearah Ika dan mengadu akan kenakalan Rina.

“Kau nak cium Atirah ker Rina?, cakap la kat aku, aku pun nak join sekali” join sekali tu ada makna tu, join nak menyakat Atirah la tu, sambil mengenyit mata kearah Rina, Bila Liesa dan Rina bergabung menyakat Atirah memang bergegar la bilik diorang yang menyediakan empat set perabot untuk empat orang tetapi hanya dihuni mereka bertiga.

“ye la, sapa la aku ni kan, orang semua tak nak kawan dengan aku, aku tak da kawan nak back up” Atirah buat-buat merajuk sambil berjalan ke katil dia,

Rina dan Ika yang terkejut dengan reaksi Atirah yang tiba-tiba merajuk terus ke katil Atirah. “Irah, aku mintak maaf, aku saja-saja jer kacau kau, tiba-tiba jer idea spontan aku datang nak kacau kau bila tengok Rina kacau kau, jadi aku fikir kau tak serious la nak suruh aku backup kau, aku dengan Rina sayang kau la”

Sambil melabuhkan punggug ke katil Atirah, Ika cuba memujuk Atirah yang menyembamkan mukanya ke bantal, Rina hanya menggangguk-angguk, muka diorang berdua macam pesalah siap dengan air muka cam nak menangis.

“hahahaha..yes aku berjaya” Atirah mengangkat mukanya dari bantal dan menghamburkan ketawa yang ditahan disebalik bantal sejak tadi bila mendegar penjelasan Ika yang panjang lebar.

“jahat la kau ni Irah, aku ingatkan kau merajuk takdi, kalau kaki kacau orang memang kaki kacau orang la, sama jer ngan Faiz tu, dua kali lima” Rian tak puas hati bila Atirah berjaya mengenakan mereka berdua.

“nakal la kau ni Irah, nasib baik aku tak menangis takdi” Ika menjeling kearah Atirah.

“tak sangka yer korang betul-betul sayang kat aku, terharu nya” Atirah cuba menahan gelak tetapi didalam hatinya dia betul-betul terharu dikurniakan sahabat yang baik dan sekepala.

“habis tu kau ingat kau jer la sayang kat kita orang, kiteorang sayang kau lebih dari kau sayang kiteorag tau” Rina memuncungkan bibirnya macam orang nak menangis.

“ ala, jangan la nangis, kite kan saling sayang menyayangi, saling percaya” Atirah menyanyi lirik lagu Jamal Abdillah dan Siti Sarah, sayang menyayang. Ika dan Rina tergelak mendengar nyanyian Atirah yang dibuat-buat sumbang untuk menghiburkan kawan-kawannya.

“ rosak lagu orang.. aku sayang kau Irah” Ika memeluk Atirah dan disertai Rina.

Mereka sangat-sangat menyayangi Nur Atirah, gadis tersebut sangat istimewa bagi mereka. Bagi Ika, gadis tersebut la insan pertama yang berani menegurnya kerana tidak bersolat, mengajarnya membaca yasin, mengajaknya solat berjemaah di masjid, dan yang paling istimewa menghadiahkan dia sehelai tudung apabila teguran pertama menyuruhnya bertudung tidak dihiraukan.

Bagi Rina pula, Atirah berani menyuarakan ketidakpuasan hati dia apabila mengetahui dia dan Faiz bercinta, Atirah tidak menyuruhnya memutuskan percintaan tetapi menasihatkan dia menjaga batas dalam percintaan. diberinya jelingan maut bila perbualan dia dan Faiz manja-manja.

Bagi mereka Atirah like a mum with a straight thinking but a soft talking. Bila memeluk Atirah, kenangan tersebut bagaikan terimbas, terus mereka mengetatkan pelukan.

“aku pun sayang korang sangat-sangat” Atirah membalas pelukan mereka apabila terasa Rina dan Liesa memeluk dia dengan lebih kuat.

 

2 comments:

  1. hai, saya balas kunjungan dan follow back sini..

    saya memang minat baca novel..insyaallah akan luangkan masa baca novel di sini :)

    ReplyDelete
  2. menarik!! kalau ingin mencuba nasib utk menerbitkan novel, nnt pm sy kt blog ya ;-)

    ReplyDelete